Hari ini setelah bermalam selama 4 hari di kota kesayangan Nabi SAW, Madinah Al-Munawarrah, sekitar jam 3.30 ptg, rombongan kami pun berangkatlah ke Makkah Al-Muqarramah untuk tujuan seterusnya iaitu mengerjakan Umrah. Sekitar awal dhuha, kami melangkah menuju ke Makam Nabi SAW untuk ucapan wida' dan menyampaikan salam yg dikirim sekelian umat kepada Baginda. Doa kupanjat agar Baginda sudi memberi syufaatnya kepada semua umat akhir zaman ini walau imannya sebesar zarah sekalipun
No comments:
Post a Comment