Hari ini setelah bermalam selama 4 hari di kota kesayangan Nabi SAW, Madinah Al-Munawarrah, sekitar jam 3.30 ptg, rombongan kami pun berangkatlah ke Makkah Al-Muqarramah untuk tujuan seterusnya iaitu mengerjakan Umrah. Sekitar awal dhuha, kami melangkah menuju ke Makam Nabi SAW untuk ucapan wida' dan menyampaikan salam yg dikirim sekelian umat kepada Baginda. Doa kupanjat agar Baginda sudi memberi syufaatnya kepada semua umat akhir zaman ini walau imannya sebesar zarah sekalipun
ceritera cinta
Saturday, February 8, 2014
Tuesday, November 30, 2010
masihkah kau ingat...1
Masihkah kau ingat
pada waktu itu
sekuntum bunga mekar
kau selit ke rambutku...
Ahh! Lagu itu lagi Min...lagu kita. masuk kali ini, hari ini sudah tiga kali ku dengar lagu ini diputarkan, koinsidenkah atau ianya seolah mengejekku. Seperti biasa aku tidak betah mendengar bait-bait lain lagi. ia terlalu mengasyikkan dan mengocak kolam rasa sehingga ada kalanya aku teresak sendiri.
Ke mana perginya Minku yang dulu? Sebenarnya, adakalanya, tanpa perlu mendengar apa-apa atau memetik apa-apa suis di minda ini, nostalgia itu akan berulang di layar mata. Tika itu nanti, kesemua disekelilingku akan memudar dan bertukar menjadi latar yang hanya ada kita, kau dan aku, Min. Engkau yang punya lirikan yang mampu memanah, senyum dan tawa yang bisa menggegar sukma dan kelembutan yang amat semulajadi. Semua itu amat kusenangi...tanpa kausedari.

Subscribe to:
Posts (Atom)